bismillah,
Puas berhempas pulas selama 9 bulan dan lebih dalam menjalankan amanat sebagai seorang yang dipertanggungjawabkan,kini aku bakal dilepaskan dari amanah yang beratnya lebih berat dari sebuah gunung.Dalam menjalankan amanah ini,pelbagai rintangan telah aku hadapi.Pada mulanya,aku fikirkan,mengapa semua masalah2 ini bertali arus mebidik ke arah diriku yang serba kekurangan ini???puas aku bertanya,mencari,dan berfikir.
Akhirnya,aku bisikkan kepada diriku,''bukankah segala musibah yang datang itu ujian dari Sang Pencipta?,bukankah Sang Pencinta itu merindui rintihan mu?..bukankah dalam setiap ujian itu Sang Maha Mengetahui itu mahu mengajarkan kepada kamu erti sesuatu perkara melalui pengalaman?..apakah kamu masih mahu mengalah??''.Itulah pujukkan yang terbit jauh dalam lubuk hati seorang hamba yang hina lagi tak bernilai..
Kadangkala aku akan bangkit semula setelah puas bermonolog sendirian..Tetapi kadang ku tertewas juga oleh nafsuku yang tak pernah kenal erti putus asa..jauh disudut hati ini..ku berdoa..supaya segala perubahan kepada kebaikan yang telah aku semai dalam diriku selama aku menjadi 'yang diamanahkan' akan terus tertanam dalam diriku...agar segala usaha aku dalam memegang amanah ini diredhai Sang Pencipta..dan diterima sebagai ibadah..
wallahu'alam..

No comments:
Post a Comment