Wednesday, June 16, 2010

ibadat sbgai seorang mausia..

bismillah,

Ramai diantara kita yang salah faham dengan bentuk ibadat yang sepatutnya dilakukan.beribadat bukan sahaja bermaksud duduk di masjid selama 24 jam.ataupun duduk di atas tikar sembahyang,sentiasa menadah tangan dan meminta doa dan berzikir kepada Allah.

Ibadah sebenarnya terbahagi kepada dua bahagian.Ibadah umum dan Ibadah khusus.Ibadah umum ialah segala pekerjaan yang kita lakukan niat kerana Allah.Contohnya,bekerja,makan,minum,tidur,bermain,belajar.Manakala ibadah khusus pula ialah ibadah yang telah diwajibkan oleh Allah kepada setiap individu muslim.Contohnya,solat,puasa,zakat,dan haji bagi yang mampu.Bagi ibadah khusus ini,individu yang ingkar dengan perintah Allah akan dikenakan azab yang pedih.semoga kita semua dijauhkan daripada azab yang menyeksakan ini.ameen.

Jika kita renungkan semula,Allah sungguh pemurah.Hal ini demikian kerana, dengan melakukan apa jua pekerjaan kita akan peroleh pahala dengan syarat perlu berniat kerana Allah.Niat pula bukanlah sesuatu pekerjaan yang memakan masa berhari-hari dan bertahun lamanya untuk menyempurnakan satu niat.Niat hanyalah sekadar lintasan hati.Semoga kita semua dikurniakan sifat pemurah kerana Allah,ameen.

Semoga Allah memberi kita taufiq dan hidayah untuk kita ambil iktibar amal dan sampaikan.

Wallahua'lam

No comments:

Post a Comment