Wednesday, December 29, 2010

kerisauan yang melanda

bismillah

dah hampir dua minggu lebih ambo memegang gelaran lepasan spm..kalau ikutkan pemikiran adik2 ambo ''seronoknyalah dah habis sekolah!''.tak ketinggalan juga adik terakhir yang masih tak mengerti lagi apa yang dimaksudkan oleh kakaknya..dan akan sentiasa bertanya kepada ambo ''along tak kemas barang sekolah ke?''...haha ambo tak tahu nak cakap apa lagi..biar jelah dia..

hmm apa yang merunsingkan pemikiran ambo sekarang ialah,minggu depan sahabat 2 ambo dah mula ambil stam..tapi ambo nie duk termenung lagi kat rumah..ambo sebenrnya bertekad nak buat sesuatu yang mendatangkan faedah pada cuti yang panjang kali nih...jadi ambo mulakan dengan menjual choclate..doakanlah agar usaha ambo nie diberkati..dan dipermudahkan..ameen.

well,jauh di sudut hati ambo nie,ambo terfikir mcm manalah gaya ambo pada 2-3 tahun akan datang..melekat lagi ke tidak helaian kain di kepala?..macam mana gaya pemikiran ku pula?..baran/positif/optimis...ngee~mungkin bagi rata2 orang hal begini tidak perlu pecah kepala memikirkannya..tapi bagi ambo hal ini teramatlah penting..

sedikit peringatan buat diri:

  • jangan sesekali lupa baca al-quran,kalau boeh setiap hari ada masa kita dengan al-quran,paling kurang pun jika terlalu sibuk.at least cium al-quran tuh..hal ini kerana kenderaan tidak dapat dikendalikan tanpa buku panduan,begitu juga dengan kita,al-quran adalah panduan hidup kita..

  • dengarlah tazkirah,walaupun selama dua minit,hal ini demikian kerana,jika kita tidak mendengar sebarang tazkirah lebih daripada tiga hari ,hati kita akan mempunyai tompok hitam...bayangkan kalau 30 hari tanpa tazkirah...

  • bangunlah solat malam,at least 2 rakaat sahaja.ingatlah wahai diri,klu boleh nabi s.a.w. nak mewajibkan soat dua rakaat ini kepada umatnya,kerana dengan solat dua rakaat inilah kita akan dapat pelbagai pertolongan daripada Allah..

semoga Allah memberi kita taufiq dan hidayah untuk kita ambil iktibar amal dan sampaikan..insya allah

1 comment: